Sunday, May 9, 2010

Selamat Ulangtahun.....

Hari ini, 9 May 2010 genap usia aku 24 tahun. Terima kasih kepada semua yang wish tak kira melalui FB/SMS/call..tu tandanya korang masih ingat kat aku.

Alhamdulillah aku bersyukur kerana masih dikurniakan nikmat usia walaupun ianya semakin berkurangan. Semoga segala amalan aku di usia yang lepas diterima oleh-Nya dan segala dosa dan kekhilafan diampunkan.

Semoga Allah sentiasa memberi aku kekuatan untuk mengharungi hari mendatang yang penuh pancaroba ini.

Thursday, May 6, 2010

Selangor VS Johor FC

Selasa lepas, 4 Mei 2010 aku ke Stadium Pasir Gudang menyaksikan perlawanan Johor FC melawan Selangor 'The Red Giant'. Setelah sekian lama menantikan game selangor di JB ni, akhirnya dapat gak aku mneyaksikan secara live di stadium.
Selangor akhirnya berjaya membuang badi yang melekat sekian lama apabila berjaya menundukkan pasukan Johor FC di gelanggang keramat mereka.

Kemenangan di Johor membolehkan Selangor mengumpul 32 mata daripada 13 perlawanan dan terus menerajui takhta Liga Super diikuti Kelantan dengan perbezaan 4 mata.

Selangor yang bertandang ke Pasir Gudang diberi tentangan sengit oleh Johor FC, malah pasukan tuan rumah lebih banyak menguasai perlawanan tersebut.

Selangor memperoleh gol pertama menerusi jaringan Mohd. Amirulhadi Zainal minit ke-41.

Amirulhadi terus bertindak cemerlang apabila menyumbat gol kedua minit ke-73, sebelum Hardi Jaafar melengkapkan kemenangan bergaya Selangor apabila menyumbat gol ketiga minit ke-86 hasil tolakan Safee Sali.

Pasukan tuan rumah seakan berupaya merapat jurang jaringan, namun sepakan penalti yang diambil Edy Helmi Manan tersasar ke kanan gawang Selangor selepas Khairul Anuar Baharom melakukan kekasaran dalam kotak penalti.

Johor FC bagaimanapun berjaya memperoleh gol saguhati menerusi jaringan Mohd. Nurul Azwan Roya, minit ke-91.

Tamat perlawanan, kemenangan menjadi milik Red Giant dengan keputusan 3-1.


Gambar bersama geng SFC dan JFC.net :

Sekian untuk kali ini. Untuk geng SFC, jumpa lagi di Stadium Larkin. Adios...


-areyart-

Wednesday, May 5, 2010

Akhirnya.........

Akhirnya, aku buat juga blog setelah sekian lama memikirkan nya. Sempena ulang tahun yang akan menjelang tak lama lagi agaknya. Mungkin semakin banyak benda yang aku nak abadikan tapi memori dah tak kuat akibat usia yang makin berkurangan ni, maka ada baiknya aku simpan kat blog ni. Mudah-mudahan kekal memori tu nanti...

Aku malas nak merepek banyak²..so tunggu la aku punya next post.

Adios...











aku...berlatarkan kampung halaman.