Wednesday, December 29, 2010

Cuti Akhir Tahun

Akhirnya, dapat gak aku tulis entry baru kat sini. Tekanan kerja membuatkan aku takde masa langsung nak update blog ni..Ni pun curi-curi update [jgn marah ye bos], kalau tak makin basi la topik yg aku create nanti.

Ok, last week aku telah bercuti dari hari Rabu 22/12/2010 sehingga 26/12/2010. Cuti paling lama yang pernah aku dapat sepanjang 2010 ni [tq incik bos sebab approve cuti]. Aku pun memang tak pernah nak cuti lelama ni. Kali ni aku amik cuti sebab nak buat persiapan akhir untuk majlis pertunangan aku nanti..chewah! dah nak jadi tunang orang la pulok.

Susah jugak rupanya nak menyiapkan hantaran ni rupanya..siang malam pening kepala aku menyediakan barang-barang untuk digubah menjadi hantaran yg sangat lawa..koyak kocek gak la nak beli itu dan ini. Tapi nak kira ape, bukan untuk orang lain, untuk aku jugak kan.

Persiapan 1 : Membungkus Choc Muffin
Persiapan 2 : Tentera Penggubah Hantaran

Thursday, December 16, 2010

Andai Dapat Ku Undur Masa

Sekali baca macam tajuk lagu nyanyian AXL plak kan? Aku memang minat nyanyi lagu ni..tetiap kali karaoke, ni adelah lagu wajib..hehe.

tapi, entri ni sebenarnya aku bukan nak cerita pasal lagu ni, tapi lebih kepada gambar kat bawah ni, yang aku jumpa time belek² friendster sekejap tadi :

 dari kiri : aku, husna, luqman, ryn,...(aku lupa nama dia)

ape kaitan gambar ni dengan tajuk entri? Kaitannya adalah, andai dapat ku undurkan masa, aku nak jadi kurus balik macam dulu, hehehe.

Tahap pengembangan badan aku adalah berkadar langsung dengan pertambahan usia aku sekarang. Masa berlalu dengan begitu kejam!!
*mode : bersemangat ingin kurus*

Monday, November 29, 2010

Setelah sekian lama...

akhirnya, aku berpeluang juga menjenguk ke blog ni yang dah berhabuk tidak dijengah. Kesibukan di dunia nyata membuatkan masa aku terlalu suntuk untuk berfantasi di dunia maya ni. Nantikan entry seterusnya sebab sekarang aku tengah takde idea nak menulis..huhuhu

Monday, June 7, 2010

Balik Kampung...Part 2

Aku bertolak balik dari Skudai jam 8 mlm. Berhenti di Pagoh isi minyak dan terus memecut laju di highway. nak elak mengantuk aku pun ajak la beberapa pemandu lain "main" di highway..mmg best! (jangan ditiru aksi ini..bahaya..hahaha). Around 10.30 berhenti rehat di R&R Seremban arah utara, ramai gila orang kat sini..perut dah lapar tp takde meja yang kosong..sudahnya terpaksa la berebut nak dapatkan meja kosong.

Lepas makan sambung balik perjalanan, dan aku sampai kampung lebih kurang 3.30 pagi...wah sakit badan woo drive lelama ni...sampai rumah aku ingat nak tido terus, tapi sebaliknye plak berlaku. family aku semua belum tidur menunggu kepulangan aku, terharu la plak..haha. Selepas dekat sejam sembang aku dah tak larat nak tahan mata..terus aku tido kat ruang tamu. Tido yang langsung tak lena sebab diiringi tangisan fatiha yang baru berusia beberapa bulan. (anak buah sendiri pun tak ingat dah umurnya..hehe).

Keesokannya, keluar ke Pekan Sg Besar bawak mak, adik2 dan anak buah aku jalan-jalan. Anak buah aku nak makan KFC plak..so aku pun dah lapar layankan aje la...


my lovely mom

 adik aku...kaklang

 adik bongsu aku...adik

 anak-anak buah aku

Hilang segala penat aku melayan kerenah mereka semua..merekalah penyeri hidup aku..Dan malam tu aku balik semula ke skudai..arrived at 630 am..ngantuk giler....dah la jalan berkabus tebal dari pagoh ke machap!

p/s : adakah ini juga penyeri hidup aku??? hanya aku yang tahu..hahaha

Balik Kampung..Part 1

Last aku balik kampung adalah pada 29 mei  yang lepas. Balik untuk menghantar abang ipar aku yang eksiden di highway utara-selatan (KM 67.5 arah selatan) berdekatan dengan R&R Machap. Pukul 3.30 pagi akak aku call inform pasal eksiden tu. Aku ditemani luq (housemate aku) pun bergegas memecut dari skudai ke hospital kluang, meredah kepekatan malam dengan kelajuan 190km/h...sampai hospital aroun 5am dan terus begegas ke ER..cuak gak aku sebab lori yg abg aku bawak tu terbalik..aku dah terbayang macam2 dah..tp alhamdulillah abg aku hanya mengalami luka-luka dan patah bahu kanan. kena masuk wad pulak abg aku ni..aku pun uruskan lah segala proses utk masuk wad tu. (Nurse pelatih kat hospital kluang cun wooo...hehehe).

Sebelum balik kampung aku bawak abang aku ni pegi berurut ngan tabib cina kat jln ungku mohsin,jb. Ni gambar di rumah urut :

Abang ipar aku

Ramainya orang menunggu giliran


Kaedah rawatan yg cukup simple (tak sampai 5 minit pun)


Aku sangat kagum dengan tabib ni..dari tangan yang langsung tak boleh nak gerak, selamba je dia angkat tanpa keluar sebarang jeritan dari mulut pesakit..respek beb!

Sunday, May 9, 2010

Selamat Ulangtahun.....

Hari ini, 9 May 2010 genap usia aku 24 tahun. Terima kasih kepada semua yang wish tak kira melalui FB/SMS/call..tu tandanya korang masih ingat kat aku.

Alhamdulillah aku bersyukur kerana masih dikurniakan nikmat usia walaupun ianya semakin berkurangan. Semoga segala amalan aku di usia yang lepas diterima oleh-Nya dan segala dosa dan kekhilafan diampunkan.

Semoga Allah sentiasa memberi aku kekuatan untuk mengharungi hari mendatang yang penuh pancaroba ini.

Thursday, May 6, 2010

Selangor VS Johor FC

Selasa lepas, 4 Mei 2010 aku ke Stadium Pasir Gudang menyaksikan perlawanan Johor FC melawan Selangor 'The Red Giant'. Setelah sekian lama menantikan game selangor di JB ni, akhirnya dapat gak aku mneyaksikan secara live di stadium.
Selangor akhirnya berjaya membuang badi yang melekat sekian lama apabila berjaya menundukkan pasukan Johor FC di gelanggang keramat mereka.

Kemenangan di Johor membolehkan Selangor mengumpul 32 mata daripada 13 perlawanan dan terus menerajui takhta Liga Super diikuti Kelantan dengan perbezaan 4 mata.

Selangor yang bertandang ke Pasir Gudang diberi tentangan sengit oleh Johor FC, malah pasukan tuan rumah lebih banyak menguasai perlawanan tersebut.

Selangor memperoleh gol pertama menerusi jaringan Mohd. Amirulhadi Zainal minit ke-41.

Amirulhadi terus bertindak cemerlang apabila menyumbat gol kedua minit ke-73, sebelum Hardi Jaafar melengkapkan kemenangan bergaya Selangor apabila menyumbat gol ketiga minit ke-86 hasil tolakan Safee Sali.

Pasukan tuan rumah seakan berupaya merapat jurang jaringan, namun sepakan penalti yang diambil Edy Helmi Manan tersasar ke kanan gawang Selangor selepas Khairul Anuar Baharom melakukan kekasaran dalam kotak penalti.

Johor FC bagaimanapun berjaya memperoleh gol saguhati menerusi jaringan Mohd. Nurul Azwan Roya, minit ke-91.

Tamat perlawanan, kemenangan menjadi milik Red Giant dengan keputusan 3-1.


Gambar bersama geng SFC dan JFC.net :

Sekian untuk kali ini. Untuk geng SFC, jumpa lagi di Stadium Larkin. Adios...


-areyart-

Wednesday, May 5, 2010

Akhirnya.........

Akhirnya, aku buat juga blog setelah sekian lama memikirkan nya. Sempena ulang tahun yang akan menjelang tak lama lagi agaknya. Mungkin semakin banyak benda yang aku nak abadikan tapi memori dah tak kuat akibat usia yang makin berkurangan ni, maka ada baiknya aku simpan kat blog ni. Mudah-mudahan kekal memori tu nanti...

Aku malas nak merepek banyak²..so tunggu la aku punya next post.

Adios...











aku...berlatarkan kampung halaman.