Monday, June 7, 2010

Balik Kampung...Part 2

Aku bertolak balik dari Skudai jam 8 mlm. Berhenti di Pagoh isi minyak dan terus memecut laju di highway. nak elak mengantuk aku pun ajak la beberapa pemandu lain "main" di highway..mmg best! (jangan ditiru aksi ini..bahaya..hahaha). Around 10.30 berhenti rehat di R&R Seremban arah utara, ramai gila orang kat sini..perut dah lapar tp takde meja yang kosong..sudahnya terpaksa la berebut nak dapatkan meja kosong.

Lepas makan sambung balik perjalanan, dan aku sampai kampung lebih kurang 3.30 pagi...wah sakit badan woo drive lelama ni...sampai rumah aku ingat nak tido terus, tapi sebaliknye plak berlaku. family aku semua belum tidur menunggu kepulangan aku, terharu la plak..haha. Selepas dekat sejam sembang aku dah tak larat nak tahan mata..terus aku tido kat ruang tamu. Tido yang langsung tak lena sebab diiringi tangisan fatiha yang baru berusia beberapa bulan. (anak buah sendiri pun tak ingat dah umurnya..hehe).

Keesokannya, keluar ke Pekan Sg Besar bawak mak, adik2 dan anak buah aku jalan-jalan. Anak buah aku nak makan KFC plak..so aku pun dah lapar layankan aje la...


my lovely mom

 adik aku...kaklang

 adik bongsu aku...adik

 anak-anak buah aku

Hilang segala penat aku melayan kerenah mereka semua..merekalah penyeri hidup aku..Dan malam tu aku balik semula ke skudai..arrived at 630 am..ngantuk giler....dah la jalan berkabus tebal dari pagoh ke machap!

p/s : adakah ini juga penyeri hidup aku??? hanya aku yang tahu..hahaha

No comments:

Post a Comment